KENALI KAMI

★ Kuasa Malaysia ★ Pemberdayaan Komuniti ★ Pertumbuhan Inklusif ★ Kemerdekaan Kewangan ★ Koperasi Malaysia ★ MemperkasaRakyat ★ Kuasa Malaysia ★ Pemberdayaan Komuniti ★ Pertumbuhan Inklusif ★ Kemerdekaan Kewangan ★ Koperasi Malaysia ★ MemperkasaRakyat

Sejarah Kuasa

Koperasi Usahawan Muda Malaysia Berhad (KUASA) telah ditubuhkan pada 27 Julai 2002 telah melalui beberapa transformasi bagi memastikan ianya terus berdaya saing seiringan dengan kemajuan negara dan mampu memberi khidmat terbaik kepada seluruh anggotanya. Seawal transformasinya, pada 19 Oktober 2008, KUASA membuat pertukaran nama asalnya dari Koperasi Usahawan Muda Lembah Kelang Berhad kepada Koperasi Usahawan Muda Malaysia Berhad bagi memastikan KUASA dapat melebarkan lagi sayap operasinya ke seluruh negara.

Walau bagaimanapun, perjalanan KUASA selama hampir 23 tahun bukanlah sentiasa ‘smooth sailing’. Pelbagai cabaran dan dugaan, jatuh dan naik, jerih dan perih, namun atas bantuan dan nasihat kerajaan khususnya Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan komitmen Anggota Lembaga Koperasi (ALK) yang tidak pernah berbelah bahagi telah membawa KUASA terus bertahan sehingga hari ini.

about_kuasa
goal-banner

Matlamat

Subseksyen 4(1) Akta, matlamat koperasi adalah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya mengikut prinsip koperasi.

Kecemerlangan Nasional & Kemakmuran Anggota
(Bernafas Korporat Seimbang)

Visi

Menjadi koperasi kredit yang paling dipercayai dan progresif di Malaysia, memperkasa setiap anggota untuk mencapai kesejahteraan kewangan dan kemakmuran bersama yang mampan.

Misi

  1. Menyediakan perkhidmatan kewangan yang adil, beretika dan mudah diakses untuk menggalakkan tabungan serta pembiayaan yang bertanggungjawab.

  2. Memperkukuh kedudukan sosioekonomi anggota melalui pendidikan, keusahawanan dan literasi kewangan berterusan.

  3. Mengamalkan prinsip koperasi — integriti, kesaksamaan, ketelusan dan solidariti — dalam semua tadbir urus dan keputusan.

  4. Mencapai pertumbuhan mampan melalui pengurusan berhemat, inovasi digital dan kawalan risiko yang baik.

Moto:

“Kekuatan Dalam Kesatuan, Kejayaan Dalam Kerjasama”

Nilai Kami

SOLIDARITI

Kesatuan dan ikatan bersama yang bersatu atau satu tujuan

EMPATI

Merasa kebersamaan untuk membina hubungan yang lebih kukuh dan komunikasi yang lebih baik.

AKAUNTABILITI

Bertanggungjawab terhadap sesuatu tugas, tindakan, atau keputusan

INOVATIF

Kreatif dan adaptif
(bersesuaian dengan keadaan semasa)

hubungi kami

Hubungi kami untuk penyelesaian kewangan dan perundingan yang diperibadikan.

Hubungi pasukan kami untuk penyelesaian kewangan dan perundingan yang diperibadikan. Kami sentiasa bersedia untuk menjawab soalan anda dan membimbing anda ke arah pertumbuhan yang mampan.

admin@kuasa.coop.my
E-mel Kami
ppl_show_app
★ Kuasa Malaysia ★ Pemberdayaan Komuniti ★ Pertumbuhan Inklusif ★ Kemerdekaan Kewangan ★ Koperasi Malaysia ★ MemperkasaRakyat ★ Kuasa Malaysia ★ Pemberdayaan Komuniti ★ Pertumbuhan Inklusif ★ Kemerdekaan Kewangan ★ Koperasi Malaysia ★ MemperkasaRakyat